Hari Easter

Hari Easter atau Paskah merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus dihidupkan kembali (atau "dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Ia lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur mengikut takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Jumaat Suci iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat, di mana tradisi ini sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku - telur melambangkan kesuburan.